Sunday, February 28, 2010

Bapa, mak dan anak....


Salam Ukhwah...

Dalam meniti kehidupan yang semakin hari semakin banyak cabaran dan rintangan sering saya terfikir apakah saya telah berjaya menjadi seorang insan dan khalifah mengikut kehendak syarak?

Adakah saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak mengikut apa yang disarankan oleh Rasul s.a.w? Adakah saya telah membalas jasa bapa dan mak? Minggu lepas saya telah mengikuti satu temuramah oleh Ustazah Bahiyah dan Ustaz Akashah bersama Dr. Fadzli dan ibunya.. Ibunya sering kali keluarkan air mata ketika menjawab setiap soalan yang diajukan. Bukanlah air mata kesedihan atau kedukaan tetapi air mata gembira dan bersyukur kerana dianugerahkan anak seperti Dr Fadzli yang benar-benar telah membahagiakan hati tuanya. Betapa indahnya air mata ibu yang mengalir kerana gembira menerima layanan anak yang keikhlasan. Menurut Dr Fadzli, " Ibu bapa perlu dikasihi dan dijaga seperti mana mereka menjaga kita semasa kita kecil".

Kata-kata Dr Fadzli dalam temuramah itu telah menyebabkan mengalir air mata saya. Menurutnya,"Orang zaman sekarang ingat mudah saja menjaga orang tua. Bagi duit perbelanjaan setiap bulan sudah mencukupi bagi mereka. Sebenarnya kita salah. Ibu bapa sepreti kita juga perlu kasih sayang dan perhatian." Tersentuh hati ini. Adakah mak dengan bapa saya tahu saya sedang berusaha membalas jasa mereka? Adakah cukup dengan perhatian yang tidak seberapa dari saya? Saya mengakui apa kata Dr. itu betul dan tepat. Ibu bapa semakin tua semakin menjadi bayi seperti proses kita membesar. Pada masa ini mereka terlalu sensitif dan mudah mengalir air mata akibat keterlukaan hati disebabkan oleh anak-anak. Adakah anak-anak yang tidak memahami ibu bapa atau ibu bapa yang tidak memahami anak-anak?

Kini bersama azam dan nekad saya berusaha untuk membahagiakan diri mak dan bapa saya bukan dari aspek wang ringgit malah kasih sayang. Masalahnya saya sering malu untuk menunjukkan kasih sayang saya dalam bentuk kata-kata tetapi saya sering tunjukkan dari segi tingkah laku. Saya harap mak dan bapa faham...dan saya juga doakan agar semua ibu-ibu bapa-bapa di muka bumi ini akan dapat kasih sayang dan perhatian dari anak-anak mereka...Amin..

Thursday, February 11, 2010

Tak kenal maka tak cinta...

Muka manis macam gula...
Muka masam macam cuka...

Dua karektor yang sering kita labelkan kepada individu sekeliling kita. Apa yang tersirat dalam hati si muka manis? Apa yang tersirat dalam hati si muka masam? Hanya mereka yang tahu....

"Dun jugde de book by it cover" kata pujangga...boleh diterima sepenuhnya kerana ada kebenarannya...mungkin yang muka masam itu lebih indah dan membawa kebaikan... mungkin yang muka manis itu hanya mengeruhkan keadaan... siapakah yang membawa keuntungan?

Biarlah mereka dengan ekspresi wajah yang mereka kerana itu mereka... Yang pasti kekalkanlah senyuman dibibir kerana ia bukan sahaja sedekah... tetapi ia menunjukkan keperibadian diri sendiri... wajah tersenyum wajah penyejuk hati....

you make me smile.... alwayz...

Tuesday, February 9, 2010

Demi ilmu...

Kesusahan dan kegigihan yang dihadapi tidak menjadi halangan kepada mereka... Lantas menjadi suntikan semangat untuk ku untuk terus mendidik mereka menjadi anak bangsa yang berguna. Malah kini aku amat berbangga kerana mereka telah dapat ilmu yang ku curahkan kepada mereka. Biarpun sukar untuk ku menerima situasi pada awalnya namun bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".

Masih ku ingat kepada Rabong, Santap, Monica, Cristina, Ambelin, Demos, Naning... biarpun mereka belum tentu dapat mengingatiku.. Namun dari kejauhan aku mengharapkan dan mendoakan agar mereka akan terus mengorak langkah menjadi anak bangsa yang bisa menyumbang bakti kepada bangsa mereka, negeri dan negara yang dicintai...

Bangun dan sedarlah Rabong, Lister, Rani, Mashsela, Ellysia... bangsa kamu memerlukan kamu untuk berjaya. Cikgu akan terus mendoakan kalian berjaya dalam hidup kamu...

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

-ella-

Monday, February 8, 2010

Bagaikan puteri...

Assalammualaikum...

Bagaikan puteri...Dari atas bukit turun ke sungai.... seolah-olah seorang puteri yang diam di atas bukit. Puteri yang asyik bermain, berkejaran,bergembira, menyanyi riang....menghiburkan diri. bersama teman yang baru dikenali...adakah sampai lupa diri?

Dan hanya sedar tatkala ingin bersiram. Adakah puteri rela meninggalkan keasyikan di bukit untuk bersiram di sungai? Adakah puteri akan terus bermain tika bersiram? Dapatkah puteri berseronok lagi? Akan gembirakah puteri bermain di sungai yang asyik mengalir? Dapatkah puteri riang menyanyi? Adakah teman menemaninya lagi? ataupun seorang diri? Dapatkan puteri kembali ke bukit atau asyik dengan keindahan sungai... dan adakah sungai itu mengalir ke tasek... Adakah puteri akan ke tasek?

Siapakah puteri? Adakah aku puteri itu? Adakah aku yang perlu meneruskan perjuang ini seorang diri? Masih banyak pengalaman perlu diterokai, masih banyak ilmu perlu dicari, masih banyak bakti perlu dikongsi. Biar dimanapun aku berada di situ bumi dipijak di situ langit di junjung. Sama ada aku di Bukit mahupun Sungai ataupun di Tasek aku tetap seorang pendidik. Malah kini aku sangat berbangga kerana tanah kelahiran ku telah sudi menerima baktiku untuk memajukan anak bangsaku. Majulah Penang, Chaiyok Penang!!!

Ingat! Tidak kisah dimana pun kita yang pasti tujuan kita sama MENDIDIK ANAK BANGSA.

p/s Agak2 erk.. bila puteri nak turun ke tasek? tak sabar nie...