Saturday, May 22, 2010

Till 31 May.................

Assalammualaikum....

Lama bebenar tak update blog.... erm... bukan tak der masa tp tak pandai nak kejar masa....banyak perkara yang berlaku sepanjang ini....ada yg best ader yg sedey.... apa pun tiap yang berlaku akan menjadi pengalaman hidup....

Bila join gang sesi petang nie best rupanya... buat aktiviti pun best... kawan2 banyak bagi kerjasama... mcm slogan wonderpet tue... syok.. [aling best... rajin wat 'pot luck' huhuhu mcm besa saya suka cari kelainan setiap kali 'pot luck'... dan akhirnya yang membuat kawan2 suka ice cream Malaysia... huhuhu sampai kan wat permintaan nak lagi...nak lagi... akhirnya dek kerana sayangggggggggggggg kawan2 saya wat 130 batang ice cream Malaysia sempena hari guru untuk kawan2... penat oh... dalam keseronokkan..Allah murahkan lagi rezeki dengan berita best "anda telah lulus tapisan keselamatan"...lega penantian selama setahun.. baru boleh sah jawatan mcm nie... hahahaha..... tak abes dengan Allah murahkan lagi rezeki dapat surat pergerakkan gaji... alhamdulillah.....

Dalam rezeki yang datang mencurah2 datang satu lagi rezeki...tapi rezeki nie...tak tau la susah atau pun senang...dugaan atau ketenangan...tp yang pasti Allah nak saya kaya dengan pengalaman hidup... apa rezekinya... till 31 may........................

Friday, April 9, 2010

am i teacher?

Assalammualaikum...

Lama tak jumpa...semoga kita berada dalam rahmat Ilahi...

Tup..tup... dah sebulan saya mengajar bi.. English? Wah2 subject yg paling cikgu takut nak ajaq...Cikgu tak kisah jadi ustazah... lagi cikgu minat n suka.. tapi bab kena jadi teacher... huhuhu terketaq ler.. siap tak boleh lena malam...

"Good Afternoon class...." i said... "good afternoon class.." replies pupils..(betul ker grammar?) huhuhu sekali teacher dgn murid2 sama2 lemah... huhuhu... Makin lama makin taecher tak bersemangat nak ajaq... tapi entah ler dengan tiba2 teacher terfikir... "kan ker aku ngajau budak kelas last... diorg nie like preschool children.. so why not i try to help them?" So teacher makin bersemangat nak tolong mereka walaupun teacher tak pandai english language...

Kini teacher still learn dengan teacher2 lain... I'm try hard to help them... n also to help my self.. to encourage my self confident... hope i can survive n success. I know i must work hard n smart to help my self before help the pupils....

Hope murid2 ini dapat ditolong untuk berjaya... hope bantuan dari rakan seperjuangan untuk membantu saya demi mendidik anak2 bangsa..

chiayok ifah chiayok... Majulah ifahdacute untuk anak bangsa...

smile alwayz..

Thursday, March 4, 2010

Rahsia 8 rakan????

Salam Ukhwah...



Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu
dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika
menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi
dizalimi.


Kirim surah ini kpd 7 insan berugama islam.. Insya Allah esok
akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa
berada di tangan anda dengan izin Allah.

Pernah tak anda dapat kirim-kiriman berantai seperti ini sama ada dalam bentuk e-mail mahupun surat? Saya yakin anda mengetahui dan tahu mengenai ini tambahan pula di zaman yang globalisasi ini mesej berantai ini telah menjadi SMS berantai...

Bukan itu yang menjadi persoalan di sini tetapi adakah anda mengikut arahan yang diberi "Kirim surah ini kpd 7 insan berugama islam"? Adakah anda percaya kepada ganjaran yang ditulis ini? "Insya Allah esok akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda dengan izin Allah." Secara mudah tepat dan ringkas adakah anda percaya kepada semua ini?

Kelmarin saya telah memeriksa email-email lama saya yang tidak pernah sempat saya tengok semasa tahun lepas(lama tuh.. ) saya mendapati terlalu banyak email berantai yang saya dapat sehingga menyebabkan saya berfikir tentangnya, kebenarannya dan boleh percaya ker?;p

Ketika asyik membelek-belek email itu saya terfikir dan teringat kata-kata seorang motivator terkenal Datuk Fadzilah Kamsah dalam satu motivasi beliau tentang ilmu. Kata beliau setiap ilmu yang kita perolehi hendaklah kita kongsi bersama-sama. Sebab? sebabnya mudah sahaja Allah memberikan kita satu pengetahuan baru dan pengetahuan itu perlu dikongsi supaya orang lain juga tahu seumpama rezeki..dan sekiranya kita tidak berkongsi ilmu baru itu..ilmu itu dengan sendirinya akan pergi dari pengetahuan kita seolah-olah kita tidak memanafaatkan ilmu tersebut. Malah terdapat satu pendapat mengatakan berkongsi ilmu baru sekurang-kurangnya kepada 8 orang sahabat/individu dengan segera agar ilmu yang kita dapat itu dapat dimanafaat secara bersama(terutamanya ilmu agama). Sebab itu kita sering jumpa ayat yang bertulis " Kirimkan kepada 9 org/7org/8 org/20 org.......bla..bla..bla..." pada akhir mesej berantai kenapa supaya ilmu yang kita dapat dapat kongsi banyak orang.


Kalau kita ikut percent(%) pembahagian ilmu boleh dibahagikan begini (secara kasarnya) :

Dapat ilmu hari ini dan terus kongsi - 80- 90% ilmu itu akan terus berada dalam ingatan kita.

Dapat ilmu hari ini dan kongsi pada tengahari - 60 -70% ilmu itu akan terus berada dlm ingatan.

Dapat ilmu hari ini dan kongsi pada petang hari - 50 % ilmu itu akan terus berada dalam ingatan.

Dapat ilmu hari ini dan berkongsi pada malam hari - 20 % ilmu itu akan berada dalam ingatan

dapat ilmu hari ini dan tidak berkongsi - ilmu tidak dimanafaatkan. Sukar ilmu itu berada dalam ingatan.

(*ini peratusan yang saya iqrabkan dari pengetahuan saya)


Dalam satu hadith Nabi Muhammad s.aw:-

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘Tidak dari seseorang lelaki hafal ilmu maka disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan dengannya pada hari qiamat digari (yakni, dirantai) dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]


Maksudnya? mudah saja .....Orang berilmu dilarang sembunyikan iIlmu dan wajib berkongsi. Berbalik kepada mesej berantai tadi. Kebanyakkan mesej-mesej berantai yang kita dapat seringkali adalah tentang ilmu pengetahuan, ilmu agama islam dan nasihat-nasihat. Jadi salahkah kita mengirimkan kepada kawan-kawa kita yang lain supaya dia dapat berkongsi ilmu? Salahkah kalau kawan kita juga ilmunya sama level dengan kita? Atau nak send kepada 8 orang atau lebih itu susah? atau kurang kawan? Dari 8 org jadi 64 kemudian akan terus bertambah dan bertambah dan pahala ilmu yang disebarkan makin bertambah... bukan ker Rasul pernah bersabda
: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad). So banyak sangat ker jariah kita? banyak sangat ker anak kita doa dekat kita?Jadi salah ker kalau kita kongsi ilmu?

Atau kita rasa tidak yakin kerana betul ker ganjaran itu yang kita akan dapat? Sebenarnya kawan-kawan bab ganjaran seperti yang ditulis pada petikan diatas " dapat perkhabaran gembira, dapat reseki dan bla..bla..bla.." Siapa kita yang nak menentukannya? Sedar tak kawan-kawan bila kita sudah niat untuk berkongsi ilmu Allah sudah memberikan ganjaran pahala. Dan ini berdasarkan hadith Baginda yang bermaksud:

Dari ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi bahawa dia berkata: “Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat, balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”

Jadi dengan mudah n simplenya... kan ker dah dapat pahala semasa niat nak forward email sebegitu? Kemudian bila kita mengirimkan kepada rakan tadi tak ker Allah bagi pahala kerana kongsi ilmu? So apa lagi yang kita nak? Bukankah ini perkhabaran gembira? Bukankah ini rezeki?

Namun dalam berbilion manusia hari ini masing-masing mempunyai pendapat dan pemikiran sendiri.. saya faham dan akur. Malah saya juga yakin dan pasti dalam berbilion manusia ini ramai yang berpendidikan tinggi sekurang-kurangnya diploma ataupun ijazah. Jadi saya yakin dan pasti berbilion manusia ini juga mempunyai ilmu yang tinggi dari saya.. dan saya juga yakin dan pasti berbilion manusia ini tahu ilmu bagaimana yang boleh dikongsi dan ilmu bagaimana yang tidak boleh dikongsi... lantaran itu tepuk dada tanya pengetahuan anda yang Allah kurniakan bijak dan cerdik..Jangan lupa bersyukur kepada Allah kerana memberikan kita kebijaksaaan dan kepandaian serta kawan/sahabat/rakan yang sudi berkongsi ilmu dengan kita. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..

Akhir sekali ini sabda Penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W:-


"Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".

(Sama ada melalui mata pena (penulisan) atau lidah. )

Sabda Rasulullah s.a.w lagi bermaksud:

"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka".

Mahukah anda? Think bout it.. n dun forget.. smile always...

Sunday, February 28, 2010

Bapa, mak dan anak....


Salam Ukhwah...

Dalam meniti kehidupan yang semakin hari semakin banyak cabaran dan rintangan sering saya terfikir apakah saya telah berjaya menjadi seorang insan dan khalifah mengikut kehendak syarak?

Adakah saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak mengikut apa yang disarankan oleh Rasul s.a.w? Adakah saya telah membalas jasa bapa dan mak? Minggu lepas saya telah mengikuti satu temuramah oleh Ustazah Bahiyah dan Ustaz Akashah bersama Dr. Fadzli dan ibunya.. Ibunya sering kali keluarkan air mata ketika menjawab setiap soalan yang diajukan. Bukanlah air mata kesedihan atau kedukaan tetapi air mata gembira dan bersyukur kerana dianugerahkan anak seperti Dr Fadzli yang benar-benar telah membahagiakan hati tuanya. Betapa indahnya air mata ibu yang mengalir kerana gembira menerima layanan anak yang keikhlasan. Menurut Dr Fadzli, " Ibu bapa perlu dikasihi dan dijaga seperti mana mereka menjaga kita semasa kita kecil".

Kata-kata Dr Fadzli dalam temuramah itu telah menyebabkan mengalir air mata saya. Menurutnya,"Orang zaman sekarang ingat mudah saja menjaga orang tua. Bagi duit perbelanjaan setiap bulan sudah mencukupi bagi mereka. Sebenarnya kita salah. Ibu bapa sepreti kita juga perlu kasih sayang dan perhatian." Tersentuh hati ini. Adakah mak dengan bapa saya tahu saya sedang berusaha membalas jasa mereka? Adakah cukup dengan perhatian yang tidak seberapa dari saya? Saya mengakui apa kata Dr. itu betul dan tepat. Ibu bapa semakin tua semakin menjadi bayi seperti proses kita membesar. Pada masa ini mereka terlalu sensitif dan mudah mengalir air mata akibat keterlukaan hati disebabkan oleh anak-anak. Adakah anak-anak yang tidak memahami ibu bapa atau ibu bapa yang tidak memahami anak-anak?

Kini bersama azam dan nekad saya berusaha untuk membahagiakan diri mak dan bapa saya bukan dari aspek wang ringgit malah kasih sayang. Masalahnya saya sering malu untuk menunjukkan kasih sayang saya dalam bentuk kata-kata tetapi saya sering tunjukkan dari segi tingkah laku. Saya harap mak dan bapa faham...dan saya juga doakan agar semua ibu-ibu bapa-bapa di muka bumi ini akan dapat kasih sayang dan perhatian dari anak-anak mereka...Amin..

Thursday, February 11, 2010

Tak kenal maka tak cinta...

Muka manis macam gula...
Muka masam macam cuka...

Dua karektor yang sering kita labelkan kepada individu sekeliling kita. Apa yang tersirat dalam hati si muka manis? Apa yang tersirat dalam hati si muka masam? Hanya mereka yang tahu....

"Dun jugde de book by it cover" kata pujangga...boleh diterima sepenuhnya kerana ada kebenarannya...mungkin yang muka masam itu lebih indah dan membawa kebaikan... mungkin yang muka manis itu hanya mengeruhkan keadaan... siapakah yang membawa keuntungan?

Biarlah mereka dengan ekspresi wajah yang mereka kerana itu mereka... Yang pasti kekalkanlah senyuman dibibir kerana ia bukan sahaja sedekah... tetapi ia menunjukkan keperibadian diri sendiri... wajah tersenyum wajah penyejuk hati....

you make me smile.... alwayz...

Tuesday, February 9, 2010

Demi ilmu...

Kesusahan dan kegigihan yang dihadapi tidak menjadi halangan kepada mereka... Lantas menjadi suntikan semangat untuk ku untuk terus mendidik mereka menjadi anak bangsa yang berguna. Malah kini aku amat berbangga kerana mereka telah dapat ilmu yang ku curahkan kepada mereka. Biarpun sukar untuk ku menerima situasi pada awalnya namun bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".

Masih ku ingat kepada Rabong, Santap, Monica, Cristina, Ambelin, Demos, Naning... biarpun mereka belum tentu dapat mengingatiku.. Namun dari kejauhan aku mengharapkan dan mendoakan agar mereka akan terus mengorak langkah menjadi anak bangsa yang bisa menyumbang bakti kepada bangsa mereka, negeri dan negara yang dicintai...

Bangun dan sedarlah Rabong, Lister, Rani, Mashsela, Ellysia... bangsa kamu memerlukan kamu untuk berjaya. Cikgu akan terus mendoakan kalian berjaya dalam hidup kamu...

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

-ella-
video

Monday, February 8, 2010

Bagaikan puteri...

Assalammualaikum...

Bagaikan puteri...Dari atas bukit turun ke sungai.... seolah-olah seorang puteri yang diam di atas bukit. Puteri yang asyik bermain, berkejaran,bergembira, menyanyi riang....menghiburkan diri. bersama teman yang baru dikenali...adakah sampai lupa diri?

Dan hanya sedar tatkala ingin bersiram. Adakah puteri rela meninggalkan keasyikan di bukit untuk bersiram di sungai? Adakah puteri akan terus bermain tika bersiram? Dapatkah puteri berseronok lagi? Akan gembirakah puteri bermain di sungai yang asyik mengalir? Dapatkah puteri riang menyanyi? Adakah teman menemaninya lagi? ataupun seorang diri? Dapatkan puteri kembali ke bukit atau asyik dengan keindahan sungai... dan adakah sungai itu mengalir ke tasek... Adakah puteri akan ke tasek?

Siapakah puteri? Adakah aku puteri itu? Adakah aku yang perlu meneruskan perjuang ini seorang diri? Masih banyak pengalaman perlu diterokai, masih banyak ilmu perlu dicari, masih banyak bakti perlu dikongsi. Biar dimanapun aku berada di situ bumi dipijak di situ langit di junjung. Sama ada aku di Bukit mahupun Sungai ataupun di Tasek aku tetap seorang pendidik. Malah kini aku sangat berbangga kerana tanah kelahiran ku telah sudi menerima baktiku untuk memajukan anak bangsaku. Majulah Penang, Chaiyok Penang!!!

Ingat! Tidak kisah dimana pun kita yang pasti tujuan kita sama MENDIDIK ANAK BANGSA.

p/s Agak2 erk.. bila puteri nak turun ke tasek? tak sabar nie...