Thursday, March 4, 2010

Rahsia 8 rakan????

Salam Ukhwah...



Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu
dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika
menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi
dizalimi.


Kirim surah ini kpd 7 insan berugama islam.. Insya Allah esok
akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa
berada di tangan anda dengan izin Allah.

Pernah tak anda dapat kirim-kiriman berantai seperti ini sama ada dalam bentuk e-mail mahupun surat? Saya yakin anda mengetahui dan tahu mengenai ini tambahan pula di zaman yang globalisasi ini mesej berantai ini telah menjadi SMS berantai...

Bukan itu yang menjadi persoalan di sini tetapi adakah anda mengikut arahan yang diberi "Kirim surah ini kpd 7 insan berugama islam"? Adakah anda percaya kepada ganjaran yang ditulis ini? "Insya Allah esok akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda dengan izin Allah." Secara mudah tepat dan ringkas adakah anda percaya kepada semua ini?

Kelmarin saya telah memeriksa email-email lama saya yang tidak pernah sempat saya tengok semasa tahun lepas(lama tuh.. ) saya mendapati terlalu banyak email berantai yang saya dapat sehingga menyebabkan saya berfikir tentangnya, kebenarannya dan boleh percaya ker?;p

Ketika asyik membelek-belek email itu saya terfikir dan teringat kata-kata seorang motivator terkenal Datuk Fadzilah Kamsah dalam satu motivasi beliau tentang ilmu. Kata beliau setiap ilmu yang kita perolehi hendaklah kita kongsi bersama-sama. Sebab? sebabnya mudah sahaja Allah memberikan kita satu pengetahuan baru dan pengetahuan itu perlu dikongsi supaya orang lain juga tahu seumpama rezeki..dan sekiranya kita tidak berkongsi ilmu baru itu..ilmu itu dengan sendirinya akan pergi dari pengetahuan kita seolah-olah kita tidak memanafaatkan ilmu tersebut. Malah terdapat satu pendapat mengatakan berkongsi ilmu baru sekurang-kurangnya kepada 8 orang sahabat/individu dengan segera agar ilmu yang kita dapat itu dapat dimanafaat secara bersama(terutamanya ilmu agama). Sebab itu kita sering jumpa ayat yang bertulis " Kirimkan kepada 9 org/7org/8 org/20 org.......bla..bla..bla..." pada akhir mesej berantai kenapa supaya ilmu yang kita dapat dapat kongsi banyak orang.


Kalau kita ikut percent(%) pembahagian ilmu boleh dibahagikan begini (secara kasarnya) :

Dapat ilmu hari ini dan terus kongsi - 80- 90% ilmu itu akan terus berada dalam ingatan kita.

Dapat ilmu hari ini dan kongsi pada tengahari - 60 -70% ilmu itu akan terus berada dlm ingatan.

Dapat ilmu hari ini dan kongsi pada petang hari - 50 % ilmu itu akan terus berada dalam ingatan.

Dapat ilmu hari ini dan berkongsi pada malam hari - 20 % ilmu itu akan berada dalam ingatan

dapat ilmu hari ini dan tidak berkongsi - ilmu tidak dimanafaatkan. Sukar ilmu itu berada dalam ingatan.

(*ini peratusan yang saya iqrabkan dari pengetahuan saya)


Dalam satu hadith Nabi Muhammad s.aw:-

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘Tidak dari seseorang lelaki hafal ilmu maka disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan dengannya pada hari qiamat digari (yakni, dirantai) dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]


Maksudnya? mudah saja .....Orang berilmu dilarang sembunyikan iIlmu dan wajib berkongsi. Berbalik kepada mesej berantai tadi. Kebanyakkan mesej-mesej berantai yang kita dapat seringkali adalah tentang ilmu pengetahuan, ilmu agama islam dan nasihat-nasihat. Jadi salahkah kita mengirimkan kepada kawan-kawa kita yang lain supaya dia dapat berkongsi ilmu? Salahkah kalau kawan kita juga ilmunya sama level dengan kita? Atau nak send kepada 8 orang atau lebih itu susah? atau kurang kawan? Dari 8 org jadi 64 kemudian akan terus bertambah dan bertambah dan pahala ilmu yang disebarkan makin bertambah... bukan ker Rasul pernah bersabda
: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad). So banyak sangat ker jariah kita? banyak sangat ker anak kita doa dekat kita?Jadi salah ker kalau kita kongsi ilmu?

Atau kita rasa tidak yakin kerana betul ker ganjaran itu yang kita akan dapat? Sebenarnya kawan-kawan bab ganjaran seperti yang ditulis pada petikan diatas " dapat perkhabaran gembira, dapat reseki dan bla..bla..bla.." Siapa kita yang nak menentukannya? Sedar tak kawan-kawan bila kita sudah niat untuk berkongsi ilmu Allah sudah memberikan ganjaran pahala. Dan ini berdasarkan hadith Baginda yang bermaksud:

Dari ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi bahawa dia berkata: “Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat, balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”

Jadi dengan mudah n simplenya... kan ker dah dapat pahala semasa niat nak forward email sebegitu? Kemudian bila kita mengirimkan kepada rakan tadi tak ker Allah bagi pahala kerana kongsi ilmu? So apa lagi yang kita nak? Bukankah ini perkhabaran gembira? Bukankah ini rezeki?

Namun dalam berbilion manusia hari ini masing-masing mempunyai pendapat dan pemikiran sendiri.. saya faham dan akur. Malah saya juga yakin dan pasti dalam berbilion manusia ini ramai yang berpendidikan tinggi sekurang-kurangnya diploma ataupun ijazah. Jadi saya yakin dan pasti berbilion manusia ini juga mempunyai ilmu yang tinggi dari saya.. dan saya juga yakin dan pasti berbilion manusia ini tahu ilmu bagaimana yang boleh dikongsi dan ilmu bagaimana yang tidak boleh dikongsi... lantaran itu tepuk dada tanya pengetahuan anda yang Allah kurniakan bijak dan cerdik..Jangan lupa bersyukur kepada Allah kerana memberikan kita kebijaksaaan dan kepandaian serta kawan/sahabat/rakan yang sudi berkongsi ilmu dengan kita. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..

Akhir sekali ini sabda Penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W:-


"Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".

(Sama ada melalui mata pena (penulisan) atau lidah. )

Sabda Rasulullah s.a.w lagi bermaksud:

"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka".

Mahukah anda? Think bout it.. n dun forget.. smile always...

1 comment: