Sunday, February 28, 2010

Bapa, mak dan anak....


Salam Ukhwah...

Dalam meniti kehidupan yang semakin hari semakin banyak cabaran dan rintangan sering saya terfikir apakah saya telah berjaya menjadi seorang insan dan khalifah mengikut kehendak syarak?

Adakah saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak mengikut apa yang disarankan oleh Rasul s.a.w? Adakah saya telah membalas jasa bapa dan mak? Minggu lepas saya telah mengikuti satu temuramah oleh Ustazah Bahiyah dan Ustaz Akashah bersama Dr. Fadzli dan ibunya.. Ibunya sering kali keluarkan air mata ketika menjawab setiap soalan yang diajukan. Bukanlah air mata kesedihan atau kedukaan tetapi air mata gembira dan bersyukur kerana dianugerahkan anak seperti Dr Fadzli yang benar-benar telah membahagiakan hati tuanya. Betapa indahnya air mata ibu yang mengalir kerana gembira menerima layanan anak yang keikhlasan. Menurut Dr Fadzli, " Ibu bapa perlu dikasihi dan dijaga seperti mana mereka menjaga kita semasa kita kecil".

Kata-kata Dr Fadzli dalam temuramah itu telah menyebabkan mengalir air mata saya. Menurutnya,"Orang zaman sekarang ingat mudah saja menjaga orang tua. Bagi duit perbelanjaan setiap bulan sudah mencukupi bagi mereka. Sebenarnya kita salah. Ibu bapa sepreti kita juga perlu kasih sayang dan perhatian." Tersentuh hati ini. Adakah mak dengan bapa saya tahu saya sedang berusaha membalas jasa mereka? Adakah cukup dengan perhatian yang tidak seberapa dari saya? Saya mengakui apa kata Dr. itu betul dan tepat. Ibu bapa semakin tua semakin menjadi bayi seperti proses kita membesar. Pada masa ini mereka terlalu sensitif dan mudah mengalir air mata akibat keterlukaan hati disebabkan oleh anak-anak. Adakah anak-anak yang tidak memahami ibu bapa atau ibu bapa yang tidak memahami anak-anak?

Kini bersama azam dan nekad saya berusaha untuk membahagiakan diri mak dan bapa saya bukan dari aspek wang ringgit malah kasih sayang. Masalahnya saya sering malu untuk menunjukkan kasih sayang saya dalam bentuk kata-kata tetapi saya sering tunjukkan dari segi tingkah laku. Saya harap mak dan bapa faham...dan saya juga doakan agar semua ibu-ibu bapa-bapa di muka bumi ini akan dapat kasih sayang dan perhatian dari anak-anak mereka...Amin..

1 comment: